Followers

Polis Percaya Suspek Masih Berada Di Kedutaan Korea Utara



Polis Diraja Malaysia (PDRM) percaya dua warga Korea Utara yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam masih berada di dalam premis kedutaan Korea Utara di Bukit Damansara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara itu menerusi WhatsApp kepada Bernama News Channel (BNC) berkata dua individu itu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara, Hyon Kwang-song, 44 tahun, dan kakitangan syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37 tahun.

Ditanya mengapa pihak polis tidak memasuki kedutaan bagi menahan kedua-dua individu berkenaan, beliau berkata setiausaha berkenaan mempunyai imuniti terhadap dirinya manakala waran tangkap ke atas Uk-il telah dikeluarkan minggu lepas.

Datuk Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak



Datuk Lee Chong Wei telah membuatkan semua rakyat Malaysia berbangga dengannya, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri mengulas kejayaan Chong Wei yang memenangi buat kali keempat kejuaraan perseorangan lelaki kejohanan All England dengan mengalahkan pemain China, Shi Yuqi 21-12, 21-10 dalam perlawanan akhir di Arena Barclaycard, Birmingham, England malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata pasangan beregu campuran negara Chan Peng Soon/Goh Liu Ying tidak perlu merasa kecewa setelah gagal melepasi halangan akhir apabila kalah 21-18, 19-21, 16-21 kepada pasangan China, Lu Kai/Huang Yaqiong.